Menurut al-Ghazali : Nafsu boleh dikekang dengan kekangan
takwa. Dengan itu ia akan menjadi lemah dan tunduk mengalah. Kewarakan
seseorang juga boleh membelenggunya sehingga nafsu tidak berpeluang
menjalankan peranannya. Dengan kesedaran bahawa nafsu itu musuh yang akan mendatangkan kecelakaan , ia perlu dilemahkan dengan
penghinaan. Jangan sekali-kali diberi muka dan dilayani keinginannya. Ulamak sufi menganjurkan tiga langkah untuk melemahkan hawa
nafsu:
Pertama,
setiap keinginan nafsu itu hendaklah dicegah dan ditahan. Ini
bererti ia dikurung atau dibelenggu. Umpama binatang liar, apabila
dikurung atau ditambat, ia menjadi jinak juga akhirnya.
Kedua,
hendaklah diberikan suatu tekanan atau deraan yang berat ke atasnya.
Umpama kaldai yang liar, apabila dilebihkan muatan beban di atas
belakangnya, nescaya ia menjadi lemah dan akan menurut perintah, apa lagi kalau
dikurangkan
rumput untuknya.
Ketiga,
hendaklah sering berdoa, memohon perlindungan daripada Allah Taala agar terselamat daripada
angkara nafsu jahat (nafsu ammaratun bil-su`).
Langkah ini penting, kerana hanya dengan mendapat rahmat Allah Taala, hamba-Nya akan
bebas daripada pengaruh atau runtunan nafsu. Dalam al-Quran, Allah mengisahkan, bahawa nabi Allah Yusuf alaihissalam bersabda, mafhumnya :
Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan kecuali orang yang
dirahmati oleh Tuhanku. (Yusof:53) Berpuasa juga antara cara untuk mengawal nafsu.
No comments:
Post a Comment