ditanya
oleh orang bukan islam.........
Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam
tu?"
"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya
Baitullah"
... "Baitullah tu apa?" ...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
"Allah ada dalam tu?"
"Tak....."
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah
tak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya bangunan
tu.."
"Kamu sembah apa?"
"Saya sembah Allah swt"
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi
saya tak sembah Kaabah.."
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya
kamu sembah Kaabah la.."
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam
TV?"
"Pernah...... selalu.."
"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan
bola?"
"Tengok perlawanan bola la.."
"Di mana?"
"Dalam tv la.."
"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada
stadium dan perlawanan bola ke tak.."
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya
ada.."
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar
perlawanan bola dalam tu.."
"So..?"
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan
bola.. betul tak?"
"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui
tv tu.."
"Peliknya.."
"Sebab apa pulak pelik?"
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola,
sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je
berselirat.."
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi
tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."
"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"
"Ya.. tak pelik.."
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah
Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."
No comments:
Post a Comment